Monday, April 20, 2015

Laman web bertukar

Assalamualaikum...

Harap maklum, saya telah bepindah ke laman web baru seperti di bawah:

http://myiriscollections.com/

Terima kasih dan teruskan sokongan anda 






Monday, March 30, 2015

KENALI GAYA PEMBELAJARAN ANAK ANDA – VAK


Lain anak, lain ragam nya kan?? Bila lain ragam, gaya pembelajaran pun akan jadi lain. Apa gaya pembelajaran anak anda??




Kita sebagai ibubapa kenalah kenali gaya pembelajaran anak-anak.. Penting?? Yaaa penting.. 

Untuk apa nak kenali gaya pembelajaran anak?? Untuk mengetahu cara dan gaya yang betul untuk mengajar anak kita.. tak kira lah nak ajar baca al quran ke, belajar bahasa Melayu ker, belajar English ke.. Sangat penting untuk mengenali gaya anak anda supaya prosess pembelajaran akan menjadi begitu seronok sekali, dan paling penting anak cepat faham apa yang kita ajar sebab dia suka buat begitu.. itu gaya dia.. 



Terdapat 3 gaya iaitu VISUAL (PENGLIHATAN), AUDITORY (PENDENGARAN) dan KINESTHETIC (PERLAKUAN). Okay, mari kita lihat satu persatu. 



1. VISUAL (PENGLIHATAN) 

Characteristics: - 

✔ Lebih suka membaca daripada dibacakan 
✔ Lebih suka melakukan demonstrasi dari berpidato 
✔ Mengingat dari apa yang dilihat daripada dari yang didengar 
✔ Susah nak buat gambaran kecuali ditulis 
✔ Sering lupa menyampaikan pesan yang bersifat verbal (ucapan) kepada orang lain, kecuali jika ditulis 
✔ Sangat teliti dan detail 
✔ Lebih suka seni lukisan atau patung dari pada muzik 



Dalam gaya belajar visual ini tentunya mempunyai kelemahan dan kelebihan. 
Oleh itu anak akan mempunyai kelebihan di bidang tertentu. 


Kelebihan : 
✔ Rapi dan teratur 
✔ Mempunyai sifat yang teliti dan detail ketika mengerjakan sesuatu. 
✔ Biasanya tidak terganggu jika harus belajar di dalam “kalut, anak tetap akan concentrate 
✔ Tulisan tangan yang cantik 
✔ Cenderung suka membaca 



Kekurangan : 
✔ Sering sukar mecari kata-kata yang sesuai walaupun tahu apa yang hendak dikatakan 
✔ Kurang menyukai berbicara. 
✔ Biasanya sukar menginggat sesuatu info yang diberikan secara lisan. 


2. AUDITORY (PENDENGARAN) 

Characteristics: - 
✔ Mudah terganggu oleh keadaan yang kelam kabut 
✔ Suka fasih berkata-kata 
✔ Sukar untuk menulis, tapi hebat dalam bercerita; 
✔ Suka “discuss” dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar; 
✔ Lebih suka gurauan lisan dari pada membaca komik; 
✔  Lebih suka seni muzik daripada lukisan, atau patung;
✔ Belajar melalui pendengaran dan mengingat apa yang didiskusbincangkan daripada yang dilihat. 

Kelebihan ketika menggunakan gaya belajar ini : 
✔ Very good in presentation 
✔ Mempunyai tata bahasa yang baik. 
✔ Mudah menginggat nama orang 
✔ Suka berbicara 
✔ Tidak takut ketika harus berbicara didepan kelas, menonjol bila ada sebarang perbincangan 


Kelemahan ketika menggunakan gaya belajar ini : 
✔ Kurang baik ketika membaca 
✔ Kurang mengingat jika membaca, tidak seperti disuarakan 
✔ Kurang baik ketika menulis karangan. 
✔ Mudah terganggu apabila kelam kabut 



3. KINESTHETIC (PERLAKUAN) 

Characteristics: - 
✔ Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian 
✔ Belajar melalui simulasi dan practical 
✔ Menghafal dengan cara berjalan-jalan (tak boleh duduk diam) 
✔ Berdiri dekat ketika berbicara dengan orang 
✔ Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca 
✔ Banyak menggunakan isyarat tubuh ketika bicara atau menjelaskan sesuatu 
✔ Suka permainan yang lasak, adventure dan banyak pergerakan 



Kelebihan :- 
✔ Biasanya anak cenderung berpenampilan rapi. 
✔ Mempunyai kelebihan dalam bidang olahraga. 
✔ Menyukai pekerjaan di laboraturium. 
✔ Koordinasi antara mata dan tangan bagus. 

Kekurangan:- 
ΓΌ Mudah merasa bosan dan gelisah bila harus duduk medengar dalam wantu yang panjang. 
✔ Kemampuan kurang dalam mengeja atau spelling 
✔ Menggunakan jari telunjuk ketika membaca. 
✔ Tidak dapat mengerti geografi, kecuali sudah berkalikali datang ketempat tersebut. 

**********************************************************************

Srategi untuk mempermudah proses belajar 

1) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak visual : 
✔ Dalam proses pembelajaran gunakan material visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta, puzzle 
✔ Gunakan warna untuk highlight benda penting. 
✔ Ajak anak untuk membaca buku berilustrasi/bergambar 
✔ Gunakan multimedia dalam proses pembelajaran (contohnya: komputer dan video) 
✔ Ajak anak untuk melukis, menconteng dan mewarna sendiri ke dalam gambar. 



2) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak audiotory 
✔ Mengajak anak untuk ikut participate dalam setiap perbincangan di rumah 
✔ Dorong anak untuk pupuk minat membaca 
✔ Gunakan mmuzik untuk mengajar anak (lagu, video) 
✔ Biarkan anak rakam pembelajarannya dan dengarkan tidur 
✔ Dengarkan audio rakaman sebelum tidur 



3) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak kinestetik 
✔ Jangan paksakan anak untuk belajar sampai berjam-jam. Berhenti sebelum anak bosan supaya dia tak “trauma” 
✔ Ajak anak untuk belajar sambil explore di sekelilingnya. Contohnya ajar anak membaca sambil naik buaian 
✔ Pelbagaikan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai 
✔ Gunakan warna terang untuk highlight hal penting 
✔ Izinkan anak untuk belajar sambil mendengarkan muzik yg sesuai




Wednesday, March 18, 2015

PAKEJ READEASY, VCD PHONIC ENGLISH & AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL

✔ Mahu ajar anak pandai baca Bahasa Inggeris? 
✔ Macam mana nak ajar ya? Apa teknik yang betul?
✔ apa teknik-teknik yang boleh buat anak suka belajar??
✔ nak ajak anak bermain sambil belajar?

Pakej ini untuk anda.
===================================
PAKEJ READEASY, VCD PHONIC ENGLISH 
& AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL
==================================





Pakej ini untuk anda yang mahu mengajar anak membaca Bahasa Inggeris.


Kandungan pakej:-

1. Set Readeasy - http://goo.gl/V76iuG 
2. VCD Phonic English Cory Cat - http://goo.gl/Zz2mPf 
3. Buku Ajar Anak Kecil Membaca awal - http://goo.gl/HD9vMP


HARGA RM85
POSTAGE SEMENANJUNG RM12
SABAH RM20
SARAWAK RM17


Monday, March 16, 2015

Mendorong Kanak-Kanak Melakukan Kerja Baik




Di petik dari blog http://nurhidayahjaafar.com/
Apabila menyuruh anak melakukan kerja baik…
Jangan manipulasi emosi mereka seperti berkata:
“Anak ibu baik kan… tolong ambil ibu air segelas.”
Jangan mengugut dan mengancam seperti berkata:
“Siapkan kerja sekolah petang ini. Tak siap, siap!. Ibu tak kasi keluar main.”
Tidak menyebut impak negatif sekiranya mereka tidak ikut suruhan kita seperti berkata:
“Pergi naik atas, solat cepat. Ayah lihat kalau masih main-main, ayah cubit!”
“Ambil wuduk, solat sekarang! Orang yang tidak solat berdosa, masuk neraka.”
Apabila mendorong mereka melakukan satu-satu kerja baik…
Sebut perbuatan baik yang mahu disuruh itu.
Sebut impak positif apabila perbuatan itu dilakukan.
Impak negatif tidak disebut.
Contoh skrip:
“Kakak, lepas makan basuh pinggan ya. Anak yang suka membantu ibu, mudah masuk Syurga.”
“Selepas main, kemaskan bilik ini. Baru kakak dan abang selesa untuk belajar.”
“Buat latihan mukasurat 10 hingga 13. Apabila abang banyak buat latihan, abang akan semakin mahir matematik.”