Thursday, January 3, 2013

Perkembangan Bayi 9 Bulan

Salam semua..
Tanggal 23 December 2012 baby Iris dah masuk 9 months. ..
So ape perkembangan Iris untuk sepanjang 9 bulan nieee???

Hampir Berjalan
Bayi anda semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri.
Iris : hmmm..iris mmg dah boleh berdiri tegak bile pegang bende spt sofa, perabot etc. makin rajin explore di segenap pelusuk rumah...haha..laju bukan main kalo merangkak tue...pandai duduk sendiri bile dah penat berdiri..tp die hempas bontot kuat2 laa..haha...kene la standby bantar or tilam... :P

Kasut? Belum lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
Iris : mmg xperlu pun skarang sbb Iris akan bukak kasut tue..so daripada asik jatuh jer kasut tue baik ibu pakaikan stokin jer bile keluar jln2 & jugak pada waktu malam... :D


Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan. 
Iris : haaaa..betul2....iris pandai campak mainan, pastu amik...baling ke depan then pegi amik...kitorg baru beli walker utk iris..die suke jugak la..tp mule2 bile walker tue bergerak Iris mcm takut2...heheh...lame2 bosan dok kat walker meraung la mintak keluarkan.. sekarang bende kecik kat lantai pun die boleh recognize....kene alert sikit laa ibu skarang...

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama. 

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri. 
Iris : haaa..mmg..sellau sampai jer tadika letak die dlm baby cot ok jer...tgk2 kawan main..tp skarang....letak jer terus bgun menangis mintak dukung..lg2 kalau tgk ibu dah berjalan nak keluar...huhu.. so skarang sampai jer bg pengasuh die dukung..ok la die...Iris..iris..comel betul... :)

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.) 
Iris :  sekarang Iris dah selalu "bebel" and cakap dengan org...pandai panggil org lain...tegur orang...feveret word die is "BABAH"..haaa..ibu jeles laa..selalu babah jer panggil...kadang2 jer baru la terkeluar perkataan ibu...tue pun dengan "BUBU" jer..hehe..tp bnyk lg perkataan lain Iris dok sebut..kadang2 pun pandai sebut "nenen" :)

Okay sayang..xsabar nak tunggu Iris pandai jalan n bercakap sepenuhnye..owh yer..tp gigi belom ade lg..hehhe :D



Wan
4.07pm
3 January 2013




No comments:

Post a Comment