Wednesday, November 26, 2014

SET MEMBACA ANAK BIJAK - BAHASA MELAYU


Mahu ajar anak anda membaca seawal usia 2 tahun? Pasti setiap ibu bapa idamkan anak yang pandai membaca walaupun baru berumur 4 tahun.



Pakej lengkap untuk mengajar anak membaca dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Fonetik atau Fonik. Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?? Sila klik http://goo.gl/Dsqjqk

SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!
SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!

PM https://www.facebook.com/MyIrisCollections untuk details.


*****************************************************************************

VCD ABU ADA AYAM
VCD Phonic Bahasa Melayu





Kandungan Pakej: VCD lagu Abu Ada Ayam, 30 keping kad tunjuk & 1 buku mewarna





Penerbit: ReadNetwork

Mengenai Produk

Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Keistimewaan Produk:
Berasaskan Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Diiringi lagu Abu Ada Ayam (Rentak boria dan Nursery Rhyme)
Berima
Disertai Gambar


Harga : RM 25.00

SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!
SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!

******************************************************************************

Set Bacalah Anakku

Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. 

Baca di sini : http://puanwan.blogspot.com/2014/11/apa-itu-kaedah-fonetik-atau-fonik.html 

Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 

Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik




Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4

Kandungan Pakej:
8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,
1 VCD dan
12 Keping Kad Imbas





Mengeni Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Keistimewaan Produk
Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar

Testimoni Produk

"Alhamdullilah anak2 saya dpt membaca di usia 5 year dengan bantuan ReadEasy & Bacalah Anakku. Sekarang tengah fokuskan math pulak.. mengira cam tak cukup jari.. dgn jari2 kaki sekali guna" ~Puan Shikin~

Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf. -Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani-1 Ogos 2008

Peringatan Untuk Ibu bapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandunagn VCD samapai habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.
Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakna VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini 
Contoh kandungan VCD Bacalah Anakku terbitan ReadNetwork

Harga : RM40.00

SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!
SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!

******************************************************************************

BUKU AKTIVITI FONETIK EKSPRES 1 DAN 2

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad


  
Mengenai Produk

Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 1 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.

Keistimewaan Produk
Meningkatkan kemahiran membaca
Memperkukuh kekuatan ingatan

Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.

Keistimewaan Produk
Meningkatkan kemahiran membaca
Memperkukuh kekuatan ingatan

Harga : RM 10.80

SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!
SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!


******************************************************************************

SET POSTER MEMBACA BACALAH ANAKKU




Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad

Panjang 61cm
Lebar 31cm

Mengenai Produk

Poster ini berdasarkan buku siri cepat membaca Bacalah Anakku dari buku 1-8 dengan ilustrasi yang menarik.

Keistimewaan Produk
Boleh digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar
Lebih jelas dan menarik anak-anak




Harga: RM 33.00


SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!
SMS/WHATSAPP sekarang ke 011-32695137 !!


Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?


Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary).

Perkataan terbina daripada bunyi

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut.

Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )
            Bunyi-bunyi ini boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi menggambarkan bunyinya. Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi /k/ seperti dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’ diwakili oleh simbol ‘k’. Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi /k/ yang sama boleh diwakili oleh simbol ‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’. Manakala, di dalam bahasa Malaysia pula simbol ‘c’ mewakili bunyi /t§/. Oleh itu, setiap bunyi dalam perkataan di dalam bahasa Malaysia boleh diwakili oleh simbol-simbol yang telah ditetap untuk sistem ejaan bahasa Malaysia.

Berdasarkan konsep inilah kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy disusun.

Mengenai  Bacalah Anakku™(1996)

Pendekatan kaedah fonik gabun-bunyi  Bacalah Anakku ialah mengajar bunyi yang paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu yang baku. Bunyi-bunyi yang paling kecil ini boleh diwakili oleh simbol-simbol yang dinamakan sebagai grafem ( grapheme ) iaitu simbol-simbol yang menjadi huruf-huruf yang kita guna sekarang.

Dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bacalah Anakku) , kami memperkenalkan 3 bunyi vokal yang paling senang disebut dahulu iaitu /a/ /i/ /u/ yang masing-masing diwakili oleh huruf ‘a’ ‘ ‘i ‘ dan u’. Apabila bunyi-bunyi tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan. Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , ‘a’ contohnya, dia akan menyebut bunyi /a/ (aa) bukan nama huruf ‘ei’. Apabila huruf ‘b’ ( nama ‘bi’ ) diperkenalkan, bunyi konsonan yang berkaitan yang diajar ialah /b/( beh ).  Begitulah seterusnya.

Bagaimana mereka membaca?

Inilah yang sering ditanyakan oleh ibu bapa dan sebahagian daripada guru-guru sekolah. Dalam kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak akan diajar membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Sebagai contoh , perkataan ‘ani’ dengan mudah dibaca dengan menggabungkan bunyi /a/ /n/ /i/. Tidak kiralah sama ada bunyi tersebut dalam situasi VKV, KVKV,  KVK, atau KVKVKK, semua bunyi-bunyi tersebut akan digabungkan bagi menghasilkan bunyi perkataan yang dibaca.

Sebenarnya, kaedah menggabung bunyi  ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian-kajian yang dibuat mengenaimya,  terutamanya oleh saintis di Yale University  , USA,  telah membuktikan  bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf sambil menggabungnya supaya menjadi sebutan perkataan yang dibacanya.

Secara umumnya dengan memperkenalkan bunyi-bunyi kepada kanak-kanak , bukan nama-nama huruf terlebih dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar , dan lebih awal usia , seawal umur 3 tahun. Hal ini demikian kerana, bunyi-bunyi yang digabungkan   adalah sangat logik dan memang menghasilkan bunyi yang sepatutnya. Bayangkan jika anak menyebut /b/ /a/ tidakkah akan jadi /ba/? Jika anak menyebut nama huruf /bi / /ei/, tidakkah akan jadi /biei/ bukan /ba/?

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut Tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2.  Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan.  Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah  kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.

Info ini dipetik dari website http://www.readnetwork.com

ReadNetwork adalah syarikat milik penuh Bumiputera yang menerbitkan dan mengedar Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy yang terbukti berkesan.