Wednesday, November 26, 2014

Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?


Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary).

Perkataan terbina daripada bunyi

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut.

Bunyi boleh dikaitkan dengan simbol ( huruf )
            Bunyi-bunyi ini boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi menggambarkan bunyinya. Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi /k/ seperti dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’ diwakili oleh simbol ‘k’. Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi /k/ yang sama boleh diwakili oleh simbol ‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’. Manakala, di dalam bahasa Malaysia pula simbol ‘c’ mewakili bunyi /t§/. Oleh itu, setiap bunyi dalam perkataan di dalam bahasa Malaysia boleh diwakili oleh simbol-simbol yang telah ditetap untuk sistem ejaan bahasa Malaysia.

Berdasarkan konsep inilah kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy disusun.

Mengenai  Bacalah Anakku™(1996)

Pendekatan kaedah fonik gabun-bunyi  Bacalah Anakku ialah mengajar bunyi yang paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu yang baku. Bunyi-bunyi yang paling kecil ini boleh diwakili oleh simbol-simbol yang dinamakan sebagai grafem ( grapheme ) iaitu simbol-simbol yang menjadi huruf-huruf yang kita guna sekarang.

Dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bacalah Anakku) , kami memperkenalkan 3 bunyi vokal yang paling senang disebut dahulu iaitu /a/ /i/ /u/ yang masing-masing diwakili oleh huruf ‘a’ ‘ ‘i ‘ dan u’. Apabila bunyi-bunyi tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan. Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , ‘a’ contohnya, dia akan menyebut bunyi /a/ (aa) bukan nama huruf ‘ei’. Apabila huruf ‘b’ ( nama ‘bi’ ) diperkenalkan, bunyi konsonan yang berkaitan yang diajar ialah /b/( beh ).  Begitulah seterusnya.

Bagaimana mereka membaca?

Inilah yang sering ditanyakan oleh ibu bapa dan sebahagian daripada guru-guru sekolah. Dalam kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak akan diajar membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Sebagai contoh , perkataan ‘ani’ dengan mudah dibaca dengan menggabungkan bunyi /a/ /n/ /i/. Tidak kiralah sama ada bunyi tersebut dalam situasi VKV, KVKV,  KVK, atau KVKVKK, semua bunyi-bunyi tersebut akan digabungkan bagi menghasilkan bunyi perkataan yang dibaca.

Sebenarnya, kaedah menggabung bunyi  ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian-kajian yang dibuat mengenaimya,  terutamanya oleh saintis di Yale University  , USA,  telah membuktikan  bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf sambil menggabungnya supaya menjadi sebutan perkataan yang dibacanya.

Secara umumnya dengan memperkenalkan bunyi-bunyi kepada kanak-kanak , bukan nama-nama huruf terlebih dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar , dan lebih awal usia , seawal umur 3 tahun. Hal ini demikian kerana, bunyi-bunyi yang digabungkan   adalah sangat logik dan memang menghasilkan bunyi yang sepatutnya. Bayangkan jika anak menyebut /b/ /a/ tidakkah akan jadi /ba/? Jika anak menyebut nama huruf /bi / /ei/, tidakkah akan jadi /biei/ bukan /ba/?

KEBAIKAN KAEDAH FONIK BERBANDING KAEDAH LAIN

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut Tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2.  Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan.  Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah  kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.

Info ini dipetik dari website http://www.readnetwork.com

ReadNetwork adalah syarikat milik penuh Bumiputera yang menerbitkan dan mengedar Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy yang terbukti berkesan.


No comments:

Post a Comment