Monday, April 20, 2015

Laman web bertukar

Assalamualaikum...

Harap maklum, saya telah bepindah ke laman web baru seperti di bawah:

http://myiriscollections.com/

Terima kasih dan teruskan sokongan anda 






Monday, March 30, 2015

KENALI GAYA PEMBELAJARAN ANAK ANDA – VAK


Lain anak, lain ragam nya kan?? Bila lain ragam, gaya pembelajaran pun akan jadi lain. Apa gaya pembelajaran anak anda??




Kita sebagai ibubapa kenalah kenali gaya pembelajaran anak-anak.. Penting?? Yaaa penting.. 

Untuk apa nak kenali gaya pembelajaran anak?? Untuk mengetahu cara dan gaya yang betul untuk mengajar anak kita.. tak kira lah nak ajar baca al quran ke, belajar bahasa Melayu ker, belajar English ke.. Sangat penting untuk mengenali gaya anak anda supaya prosess pembelajaran akan menjadi begitu seronok sekali, dan paling penting anak cepat faham apa yang kita ajar sebab dia suka buat begitu.. itu gaya dia.. 



Terdapat 3 gaya iaitu VISUAL (PENGLIHATAN), AUDITORY (PENDENGARAN) dan KINESTHETIC (PERLAKUAN). Okay, mari kita lihat satu persatu. 



1. VISUAL (PENGLIHATAN) 

Characteristics: - 

✔ Lebih suka membaca daripada dibacakan 
✔ Lebih suka melakukan demonstrasi dari berpidato 
✔ Mengingat dari apa yang dilihat daripada dari yang didengar 
✔ Susah nak buat gambaran kecuali ditulis 
✔ Sering lupa menyampaikan pesan yang bersifat verbal (ucapan) kepada orang lain, kecuali jika ditulis 
✔ Sangat teliti dan detail 
✔ Lebih suka seni lukisan atau patung dari pada muzik 



Dalam gaya belajar visual ini tentunya mempunyai kelemahan dan kelebihan. 
Oleh itu anak akan mempunyai kelebihan di bidang tertentu. 


Kelebihan : 
✔ Rapi dan teratur 
✔ Mempunyai sifat yang teliti dan detail ketika mengerjakan sesuatu. 
✔ Biasanya tidak terganggu jika harus belajar di dalam “kalut, anak tetap akan concentrate 
✔ Tulisan tangan yang cantik 
✔ Cenderung suka membaca 



Kekurangan : 
✔ Sering sukar mecari kata-kata yang sesuai walaupun tahu apa yang hendak dikatakan 
✔ Kurang menyukai berbicara. 
✔ Biasanya sukar menginggat sesuatu info yang diberikan secara lisan. 


2. AUDITORY (PENDENGARAN) 

Characteristics: - 
✔ Mudah terganggu oleh keadaan yang kelam kabut 
✔ Suka fasih berkata-kata 
✔ Sukar untuk menulis, tapi hebat dalam bercerita; 
✔ Suka “discuss” dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar; 
✔ Lebih suka gurauan lisan dari pada membaca komik; 
✔  Lebih suka seni muzik daripada lukisan, atau patung;
✔ Belajar melalui pendengaran dan mengingat apa yang didiskusbincangkan daripada yang dilihat. 

Kelebihan ketika menggunakan gaya belajar ini : 
✔ Very good in presentation 
✔ Mempunyai tata bahasa yang baik. 
✔ Mudah menginggat nama orang 
✔ Suka berbicara 
✔ Tidak takut ketika harus berbicara didepan kelas, menonjol bila ada sebarang perbincangan 


Kelemahan ketika menggunakan gaya belajar ini : 
✔ Kurang baik ketika membaca 
✔ Kurang mengingat jika membaca, tidak seperti disuarakan 
✔ Kurang baik ketika menulis karangan. 
✔ Mudah terganggu apabila kelam kabut 



3. KINESTHETIC (PERLAKUAN) 

Characteristics: - 
✔ Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian 
✔ Belajar melalui simulasi dan practical 
✔ Menghafal dengan cara berjalan-jalan (tak boleh duduk diam) 
✔ Berdiri dekat ketika berbicara dengan orang 
✔ Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca 
✔ Banyak menggunakan isyarat tubuh ketika bicara atau menjelaskan sesuatu 
✔ Suka permainan yang lasak, adventure dan banyak pergerakan 



Kelebihan :- 
✔ Biasanya anak cenderung berpenampilan rapi. 
✔ Mempunyai kelebihan dalam bidang olahraga. 
✔ Menyukai pekerjaan di laboraturium. 
✔ Koordinasi antara mata dan tangan bagus. 

Kekurangan:- 
ΓΌ Mudah merasa bosan dan gelisah bila harus duduk medengar dalam wantu yang panjang. 
✔ Kemampuan kurang dalam mengeja atau spelling 
✔ Menggunakan jari telunjuk ketika membaca. 
✔ Tidak dapat mengerti geografi, kecuali sudah berkalikali datang ketempat tersebut. 

**********************************************************************

Srategi untuk mempermudah proses belajar 

1) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak visual : 
✔ Dalam proses pembelajaran gunakan material visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta, puzzle 
✔ Gunakan warna untuk highlight benda penting. 
✔ Ajak anak untuk membaca buku berilustrasi/bergambar 
✔ Gunakan multimedia dalam proses pembelajaran (contohnya: komputer dan video) 
✔ Ajak anak untuk melukis, menconteng dan mewarna sendiri ke dalam gambar. 



2) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak audiotory 
✔ Mengajak anak untuk ikut participate dalam setiap perbincangan di rumah 
✔ Dorong anak untuk pupuk minat membaca 
✔ Gunakan mmuzik untuk mengajar anak (lagu, video) 
✔ Biarkan anak rakam pembelajarannya dan dengarkan tidur 
✔ Dengarkan audio rakaman sebelum tidur 



3) Strategi untuk mempermudah proses belajar anak kinestetik 
✔ Jangan paksakan anak untuk belajar sampai berjam-jam. Berhenti sebelum anak bosan supaya dia tak “trauma” 
✔ Ajak anak untuk belajar sambil explore di sekelilingnya. Contohnya ajar anak membaca sambil naik buaian 
✔ Pelbagaikan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai 
✔ Gunakan warna terang untuk highlight hal penting 
✔ Izinkan anak untuk belajar sambil mendengarkan muzik yg sesuai




Wednesday, March 18, 2015

PAKEJ READEASY, VCD PHONIC ENGLISH & AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL

✔ Mahu ajar anak pandai baca Bahasa Inggeris? 
✔ Macam mana nak ajar ya? Apa teknik yang betul?
✔ apa teknik-teknik yang boleh buat anak suka belajar??
✔ nak ajak anak bermain sambil belajar?

Pakej ini untuk anda.
===================================
PAKEJ READEASY, VCD PHONIC ENGLISH 
& AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL
==================================





Pakej ini untuk anda yang mahu mengajar anak membaca Bahasa Inggeris.


Kandungan pakej:-

1. Set Readeasy - http://goo.gl/V76iuG 
2. VCD Phonic English Cory Cat - http://goo.gl/Zz2mPf 
3. Buku Ajar Anak Kecil Membaca awal - http://goo.gl/HD9vMP


HARGA RM85
POSTAGE SEMENANJUNG RM12
SABAH RM20
SARAWAK RM17


Monday, March 16, 2015

Mendorong Kanak-Kanak Melakukan Kerja Baik




Di petik dari blog http://nurhidayahjaafar.com/
Apabila menyuruh anak melakukan kerja baik…
Jangan manipulasi emosi mereka seperti berkata:
“Anak ibu baik kan… tolong ambil ibu air segelas.”
Jangan mengugut dan mengancam seperti berkata:
“Siapkan kerja sekolah petang ini. Tak siap, siap!. Ibu tak kasi keluar main.”
Tidak menyebut impak negatif sekiranya mereka tidak ikut suruhan kita seperti berkata:
“Pergi naik atas, solat cepat. Ayah lihat kalau masih main-main, ayah cubit!”
“Ambil wuduk, solat sekarang! Orang yang tidak solat berdosa, masuk neraka.”
Apabila mendorong mereka melakukan satu-satu kerja baik…
Sebut perbuatan baik yang mahu disuruh itu.
Sebut impak positif apabila perbuatan itu dilakukan.
Impak negatif tidak disebut.
Contoh skrip:
“Kakak, lepas makan basuh pinggan ya. Anak yang suka membantu ibu, mudah masuk Syurga.”
“Selepas main, kemaskan bilik ini. Baru kakak dan abang selesa untuk belajar.”
“Buat latihan mukasurat 10 hingga 13. Apabila abang banyak buat latihan, abang akan semakin mahir matematik.”

Sunday, March 15, 2015

PANDUAN AM MENGAJAR ANAK MEMBACA

1. Sesi bacaan mestilah pendek, 5-10 minit sahaja, 2 -3 kali sehari.

2.Berhenti sebelum jemu! kalau tumpuan anak 2 minit aje, 1.59 minit mesti stop.

3. Pilih tempat sesuai - jauh dari gangguan. Jangan mengajar depan TV walaupun TV tu tidak di buka.

4. Parents kena KEEP COOL.  Sesi mengajar yang pendek juga in case parents tak boleh sabar....

5. Selalu puji masa mengajar. Lebih-lebih puji pun tak pe. Pandai sebut /a/, bagi hi-5.

6. Bila mengajar mesti ceria selalu. Jadikan sesi mengajar FUN. Buat Teknik Asosiasi Aksi, nyanyi lagu fonik & main seperti rebut-rebut bunyi, memory game dsbnya.

Lihat di sini untuk leboh info : http://puanwan.blogspot.com/2015/03/panduan-mengajar-membaca-set-bacalah.html

7.Kalau habis Buku 1, boleh belikan hadiah. Jack la sikit supaya dia seronok nak belajar Buku 2 pulak.

8. JANGAN LUPA, ajar 'BUNYI HURUF bukan nama huruf a(ei), b(bi, c(si).

9. Bila ajar baca perkataan, ajar GABUNG BUNYI, bukan mengeja sukukata atau hafal sukukata ba bi bu be be bo.

10. Akhir sekali, bila mengajar, ikut susunan buku.

Dan JANGAN sekali-kali PRESSURE anak. Tengok mood anak juga.. jangan paksa-paksa sbb nanti sampai bila pun dia tak nak belajar.

SELAMAT MENGAJAR DALAM SUASANA GEMBIRA...HAVE FUN...

Panduan Mengajar Membaca Set Bacalah Anakku

Baru umur 3 tahun sudah pandai membaca?


Alhamdulillah, sudah sangat ramai ibu bapa yang sudah mendapatkan set membaca Bacalah Anakku, set membaca ReadEasy dan juga set Buku Al-Furqan untuk anak-anak mereka..ramai juga yang sudah berjaya mengajar anak membaca..dan masih ada juga yang bertanyakan panduan untuk mengajar anak membaca menggunakan set membaca ini..

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan semua produk dalam set membaca, boleh dapatkan dengan saya sekarang..hubungi 011-32695137.

Pertama sekali, ibubapa mestila menonto VCD Panduan mengajar terlebih dahulu. 
selepas itu baca pula buku Panduan Mengajar yang juga disertakan dalam set Bacalah Anakku mahupun set Read Easy & Al-Furqan.

Kemudian, boleh mulakan dengan mengajar Buku 1 dalam set bacalah anakku. Sebelum mula mengajar anak anda, baca dulu Panduan mengajar untuk buku 1. Setiap buku disertakan panduan mengajar di permulaan buku sebgaai rujukan untuk ibubapa.
Pastikan anda mengajar menggunakan teknik yang betul ya....

Mahu ajar anak anda membaca? Gunalah Kaedah Fonetik yang digunakan dalam Set Buku Bacalah Anakku dan juga Set Buku ReadEasy

Bagi ibubapa yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan di rumah, anda digalakkan menggunakan set bacalah anakku terlebih dahulu dan mula menggunakan Set ReadEasy apabila anak anda mula menggunakan Buku 4 dalam set bacalah anakku, barulah anda mula menggunakan Set ReadEasy untuk mengajar membaca Bahasa Inggeris. anak yang sudah pandai membaca menggunakan set bacalah anakku akan mudah belajar membaca Bahasa Inggeris menggunakan Set ReadEasy..

Luangkan masa bersama anak anda 15 minit-30minit sehari ajar anak anda membaca menggunakan set membaca ini..sekurang-kurangnya 15minit pun sudah mencukupi untuk anak anda. Yang penting istiqomah dan berterusan...paling teruk pun seminggu 3 kali dan 15minit setiap sessi pun sudah berbaloi..Lagi rajin anda mengulangkaji bersama anak anda, lagi cepat anak anda boleh membaca

Mengapa nak guna Kaedah Fonetik? Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihatbagi menyebut atau membaca perkataan itu.

Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Contoh kaedah lama yang digunakan oleh guru-guru zaman dulu adalah Kaedah Mengeja..kita boleh membaca, tetap prosesnya sangat lambat, mungkin memakan masa bertahun-tahun..

Untuk Kaedah Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy ada 3 KEMAHIRAN yang ibubapa dan guru perlu tahu.

KEMAHIRAN PERTAMA:

Ibubapa dan guru wajib memperkenalkan kepada anak bunyi-bunyi huruf dan juga simbolnya..dalam bacalah anakku ada 28 bunyi dan simbol, maka anak-anak mesti tahu bunyi berserta simbolnya serta mereka jua mesti boleh membunyikan semua 28bunyi dalam buku bacalah anakku. 28 bunyi ini tidak diajar serentak tetapi diajar secara berperingkat-peringkat...sebagai contoh, dalam bacalah anakku Buku 1 hanya 5 bunyi yang diperkenalkan, jadi, sepanjang belajar Buku 1 dalam set bacalah anakku, anak anda mesti menguasai 5 bunyi dan mengenal simbolnya iaitu bunyi a, i, u, b, n...cara membunyikan huruf ni ada dalam VCD Panduan Mengajar..pastikan anda menonton VCD Panduan Mengajar dahulu untuk mengetahui cara membunyikan yang betul

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).

Ibubapa dan guru boleh mengajar menggunakan teknik assosiasi bagi memudahkan anak-anak mengingat bunyi bunyi yang diajarkan serta mengecam huruf yang berkaitan dnegan bunyi yang diajarkan.

Salah satu caranya dengan menggunakan VCD Abu Ada Ayam. Tontonkan VCD Abu Ada Ayam bersama-sama anak dan menyanyi lagu tersebut bersama mereka

KEMAHIRAN KEDUA

Ibubapa dan guru wajib mengajar anak menggabung bunyi yang telah dipelajari..Sebagai contoh, dalam Buku 1, ibubapa perlu mengajar anak menggabungkan bunyi a na, a ni, i na ..peringkat gabung bunyi ni memerlukan latihan sehingga anak anda mahir menggabung 5 bunyi-bunyi ini. Pastikan anak anda tidak menghafal suku kata ini tetapi pastikan mereka mendapat kemahiran menggabung bunyi-bunyi huruf dan konsonan yang telah mereka pelajari. Kemahiran ini juga diajar dalam VCD Panduan Mengajar...pastikan anda menonton VCD Panduan mengajar untuk mengetahuit teknik menggabungkan bunyi-bunyi ini

KEMAHIRAN KETIGA

Ibubapa dan guru wajib mengajar anak membaca suku kata yang telah dipelajari dan juga teks-teks yang telah dipelajari. Setelah mahir dengan teks yang ada dalam set bacalah anakku, anak-anak boleh DILATIH untuk membaca teks-teks dalam buku buku yang ada di pasaran. Mulakan dengan buku-buku yang mempunyai saiz tulisan yang besar dan mudah dibaca oleh anak-anak.Peringkat ini juga memerlukan latihan demi latihan sehinggalah anak anda betul betul lancar membaca

Latihan Asosiasi bersama-sama anak-anak.

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. 

Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Lihat VCD Panduan Mengajar atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku untuk cara sebutan bunyi yang betul

Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Buku-buku dalam Siri cepat membaca Bacalah Anakku telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Ibubapa dan guru hanya perlu mengajar anak-anak mengikut susunan buku iaitu bermula dari Buku 1 sehingga Buku 8..Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.



Diperingkat ini, pastikan anak-anak mengenal bunyi bunyi huruf beserta mengecam huruf-hurufnya..

Ada 28 bunyi huruf dan simbol yang diajar dalam Set Buku Bacalah Anakku. Bunyi-bunyi ini diajar secara berperingkat dari Buku 1 sehingga buku 8. Ajar anak anda mengikut susunan buku


SELEPAS MAHIR MENGENAL BUNYI, ANAK ANDA MESTI MENGECAM BENTUK HURUF DAN MAHIR MENGGABUNG BUNYI


Setelah memperkenalkan bunyi-bunyi huruf, untuk memudahkan lagi anak-anak mengecam bunyi-bunyi huruf, anda boleh menggunkan kad imabasan yang dibekalkan dalam set bacalah anakku atau kad imbasan yang dibekalkan dalam VCD Abu Ada Ayam untuk memastikan anak-anak anda boleh mengaitkan bunyi dengan simbol-simbol huruf yang diajar...


Kad Imbasan yang dibekalkan dalam set bacalah anakku boleh digunakan untuk mengajar anak menggabung huruf konsonan dan vokal..Latih sehingga anak anda mahir menggabung huruf konsonan dan vokal

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku,
ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan ,
contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’.

Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’;
tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’(bagi huruf ‘a’).

SEBELUM tue, ini peringatan istimewa untuk ibubapa yang guna Set Buku Bacalah Anakku dan Set Buku ReadEasy

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca.
Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
2.JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3.JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4.JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5.JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik?

Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut;

Memperkenalkan bunyi secara sistematik

1.anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2.anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Yang bagusnya apabila anda mengajar anak membaca menggunakan Bacalah Anakku, anda mudah nak ajar anak anda membaca menggunakan ReadEasy untuk mengajar anak membaca dalam Bahasa Inggeris kerana tekniknya adalah SAMA dan bunyi yang diperkenalkan dalam set buku ReadEasy ada 42 bunyi yang mana 21 bunyi adalah sama dalam bacalah anakku


Berikut saya ringkaskan sekali lagi Panduan Pelaksanan Set Bacalah Anakku..

MEMBINA ASAS MEMBACA (buku 1-5)
-Pada peringkat ini, pastikan anak anda boleh mengenalpasti bunyi dan huruf dalam buku 1-5,
dapat menggabung bunyi dan membaca gabungan suku kata

DAPAT MEMBACA BAHASA MALAYSIA
-Membaca buku 1-5, akhiran buku 6 dan 7, gabungan o, e, e

MEMBACA LANCAR DAN MENULIS
-Membaca buku 1-8, dapat mengeja dan menulis karangan awal


Sentiasa beri galakan, pujian untuk anak-anak anda untuk merangsang minat anak anda.


Bergembiralah mengajar membaca bersama anak anda. Tahniah kerana menjadi ibubapa yang gigih dalam mendidik anak-anak.



Thursday, March 12, 2015

TAP GENIUS dan Koleksi LITTLE HEARTS

Tap Genius

TAP GENIUS membaca buku buku daripada Koleksi LITTLE HEARTS ( Buku dalam Bahasa Inggeris)
Ada 4 buku dalam Koleksi LITTLE HEARTS
1.Buku Allah for Little Hearts
2.Buku Rasul for Little Hearts
3.Buku Solat & Doa for Little Hearts
4.Buku Values for Little Hearts
Koleksi LITTLE HEARTS  yang terdiri daripada 4 buku ini dijual pada harga RM62.90

Jom kita tengok gambar gambar TAP GENIUS membaca Buku Allah for Little Hearts







Video TAP GENIUS membaca Buku Allah for Little Hearts
https://www.youtube.com/watch?v=nOXwDzLi7iQ

Jom kita tengok gambar gambar TAP GENIUS membaca Buku Rasul for Little Hearts



Jom kita tengok VIDEO  TAP GENIUS membaca Buku Rasul for Little Hearts
https://www.youtube.com/watch?v=Ncsw0ILGjFk







Ini Video  TAP GENIUS membaca Buku Solat & Doa for Little Hearts
https://www.youtube.com/watch?v=iYWPA5njEfE

Ini pula Gambar Buku Values for Little Hearts, buku ke empat dalam Koleksi Little Hearts





ekarang mari kita lihat Video TAP GENIUS membaca Buku Values for Little Hearts
https://www.youtube.com/watch?v=11y9ZVRUyHk

TAP GENIUS dan Koleksi LITTLE HEARTS dengan harga RM249 + RM63=  RM312





Tuesday, March 10, 2015

TAP GENIUS dan PAKEJ Little Mukmin

Apa bendanya TAP GENIUS ni ?
TAP GENIUS ini adalah sejenis SMART PEN yang direka khusus untuk anak anak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun.
mempelajari pelbagai buku buku kanak kanak dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Apa yang TAP GENIUS ini boleh buat ?
TAP GENIUS boleh membaca lebih 200 buku kanak kanak yang best best, boleh membaca poster dan juga flashcard serta puzzles.



TAP GENIUS boleh membaca produk dari PAKEJ Little Mukmin
Apa yang ada dalam  PAKEJ Little Mukmin
1. Buku Healthy Happy Little Mukmins
2.Buku 5 Little Mukmins
3.Buku We Love to Pray
4. Poster ABC’s of Allah’s Blessings
5.Little Mukmin Learning Tools – Set of 5 Doa Signages
Harga Buku, Poster dan Doa Signages dalam  PAKEJ LITTLE MUKMIN ini ialah RM50
Poster, Doa Signeges dan Buku kesemuanya dalam Bahasa Inggeris
TAP GENIUS dan PAKEJ Little Mukmin dengan harga RM249 + RM50= RM299
Ini dia gambar PAKEJ Little Mukmin



Mari kita tengok satu per satu ISI KANDUNGAN PAKEJ LITTLE MUKMIN
TAP GENIUS membaca  Poster ABC’s of Allah’s Blessings

Lihat video di sini : https://www.youtube.com/watch?v=s5XIs5IbdLc 

Tap Genius on Doa Signages




Lihat video di sini : https://www.youtube.com/watch?v=3SSMphCh25g

Gambar gambar TAP GENIUS membaca Buku Healthy Happy Little Mukmins





 Video TAP GENIUS membaca Buku Healthy Happy Little Mukmins
https://www.youtube.com/watch?v=5eY6GX0h97w

Mari kita lihat pula gambar TAP GENIUS membaca Buku 5 Little Mukmins





Mari kita lihat pula VIDEO  TAP GENIUS membaca Buku 5 Little Mukmins
https://www.youtube.com/watch?v=Y2_5h-RMRXQ

Gambar gambar TAP GENIUS membaca Buku We Love to Pray





Lihat video di sini : 
https://www.youtube.com/watch?v=hcaP7NXrjI4