Basic Q&A yang dicopy paste dari group HSFFYB. Untuk info lagi banyk boleh la join group tue yer :)
1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri
makan apa?
Beri
makan puri buah/sayur dahulu.Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari
berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta
pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan
sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Sehari
berapa kali makan?
Mula-mula
1 kali dahulu.Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau
petang/malam.Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa
banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu
sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.Nanti perut anak
terkejut.Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar
makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur
nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6
bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri
epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut.Nasi sumber
karbohidrat.Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti
nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam
chiller dan freezer?
Puri di
chiller 48 jam.Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri apabila hantar
ke pengasuh/taska?
Cara
pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus
sebelum dibuat puri?
Tidak
perlu.Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.Makanan yang sesuai untuk
travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara
membuat puri ada di Photos.Ada juga di google. @ boleh rujuk entry saya nie.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam
lapar.Semua benda masuk mulut.Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut,
termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu
sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan
tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda
baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda
baru.Sabar.Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan
paksa.Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit
: Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut
susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1
tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan
anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan.Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah
boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1
tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled
oats, barli etc)?
Baca,
faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :http://rendambijirin.blogspot.com
17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang
sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak
boleh.Tak sesuai.Banyak gula, bahan pengawet.
18) Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
Food
chart 6 months -http://wholesomebabyfood.momtastic.com/solidfood6to8montholdbaby.htm
19)
Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak
perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan
sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan.30% jus + 70% air.Big no to
ribena.
20)
Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule
adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama
4 hari berturut-turut.Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi
sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan
sebagainya.Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut,
boleh perkenalkan makanan lain pula.Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan
makanan baru kepada anak.
21)
Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya
tunggu 6 bulan.WHO menyarankan 6 bulan juga.Sebabnya sebelum 6 bulan, perut
anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut
akan bekerja keras. Kasihan perut anak.Beri anak makan terlalu awal juga salah
satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
22)
Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna
kuning/asal?
Beri
buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan
asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan
beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot
kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna
dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna
buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
23: Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara
penggunaannya?
Extra
virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah
zaitun.Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak.Perlu dititik atau
direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua.Yang ini pun elok digunakan
untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan
sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
More info log to : https://www.facebook.com/groups/solidforbaby/
15 Feb 2013
Wan
No comments:
Post a Comment