Tuesday, October 1, 2013

Blog Bersawang

Salam...
Adoi...lamanya x update blog...semenjak jadi ibu nie mmg xde mase nak surfing, menaip entry niee...
Tibe2 hari nie datang azam pulak...azam nak sambung berblog...heheh
okay... sebagai entry "pertama" setelah berbulan tak update, terimalah gamabr Iris Insyirah yang terkini..hehe :D


Okay...setakat ini dulu..nanti buat entry betul2... :D
Daaaa

Tuesday, February 19, 2013

RESEPI BAYI : Bubur Nasi dan Kurma


Assalamualaikum w.b.t...

Entry hari  nie ringkas jer..nak share resepi utk anda semua yg ada baby...


Bubur Nasi dan Kurma (6-8 bulan)

Bahan-bahan:
3 sudu nasi yang telah dimasak (saya guna brown rice utk iris..ibu pun mkn beras putih jer..haha :D)
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya (kulit kalau boleh buang, buang lg bagos sbb bile blend selalu kulit tue xjd halus pun..huhu)

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Mudahkan...selamat mencuba.. :)

Sebelum berundur, nak sharekan khasiat kurma :)

Untuk setiap hidangan si comel boleh juga diletakkan kurma yer ibu-ibu :)



"Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik"

Sabda Rasulullah SAW: 
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Saya masa pregnant kan Iris dulu hari-hari mkn kurma :)

Antara khasiat buah kurma:

  • Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera. Elok untuk elakkan sembelit
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Penguat memori -  Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar :)
  • Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Banyak lagi khasiat buah kurma..rajin2 la google yer :)

Sekian : )


Friday, February 15, 2013

Basic Q&A - Baby Solid Food


Basic Q&A yang dicopy paste dari group HSFFYB. Untuk info lagi banyk boleh la join group tue yer :)


1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu.Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?

Mula-mula 1 kali dahulu.Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam.Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?

2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.Nanti perut anak terkejut.Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur? 
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut.Nasi sumber karbohidrat.Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?

Puri di chiller 48 jam.Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?

Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?

Tidak perlu.Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?

Cara membuat puri ada di Photos.Ada juga di google. @ boleh rujuk entry saya nie.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar.Semua benda masuk mulut.Boleh beri makan? 
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam. 



11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru.Sabar.Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa.Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.


12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan? 
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan.Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. 

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.


16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :http://rendambijirin.blogspot.com


17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh.Tak sesuai.Banyak gula, bahan pengawet.


18) Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan.30% jus + 70% air.Big no to ribena.


20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut.Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya.Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula.Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan.WHO menyarankan 6 bulan juga.Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak.Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.


22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa. 
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.


23: Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun.Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak.Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua.Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi. 


More info log to  : https://www.facebook.com/groups/solidforbaby/


15 Feb 2013
Wan

Resepi Bayi - Part 1


Apa khabar semua.. Diharap sihat2 selalu yer...
Okay....setelah lama xde entry baru, kali nie saya nak buat entry pasal makanan bayi.
Kali nie saya nak share beberape resepi untuk bayi yang nak mula solid food yer..
Ape2 pun food chart jangan lupe. itulah dikire mcm kamus bagi saya sbelum buat ape2 makanan utk Iris :)


Okay..untuk permulaan solid food / semi solid food...eloklah dimulakan dgn Puri Buah atau Puri Sayur.. Ape itu puri?? 

Okay..boleh refer Wikipedia... 
"Puree and (more rarely) mash are general terms for food, usually vegetables or legumes, that have been ground, presses, and/or strained to the consistency of a soft paste or thick liquid. Purees of specific foods are often known by specific names, e.g., mash potatoes or apple sauce"

Okay...khatam la page wiki tue ek..dah paham boleh la decide nak buat puri apa utk makanan pertama si comel anda :)

kalau untuk 6 bulan, food yg sesuai ialah : 



Okay..Let make APPLE PUREE :)

Okay.. mula2 sediakan 2 biji epal merah...ambil yg merah tau..lagi merah lagi manis epal tue.. jgn guna epal hijau..dikhuatiri masam..kan xelok utk perut baby :)

Selepas tue tanggalkan semua kulit epal dan potong dadu. Jangan lupa buang bahagian tengah epal yg keras tue.. Then, rebus atau steam kan epal2 yang dah dipotong dadu tue..rebus sampai empuk laa...Ingt!!! jangan tambah gula atau garam. xelok utk bayi..
Dah siap rebus atau steam, lenyekkan atau kisar sehingga menjadi tekstur halus..depend kat baby kita..seeloknya, utk baby yg baru belajar nak mkn, kisar sehingga halus then tapis puri tersebut utk elakkan yg xberapa hancur tue masukkan dlm mulut baby.. haaaa..dah siap...


Puri nie boleh juga di frozen kan...boleh simpan dalam bekas kedap udara..mcm saya simpan dlm botol susu yg kecik tue (yg gune utk simpan EBM) atau boleh guna baby food cube (bentuk die mcm tempat buat ais tue).. Puri di chiller tahan 58jam..manakala di freeze tahan 4 bulan..tp saya selalu buat stok untuk seminggu jer..setiap weekend buat..hehe :) 

oh, kalau nak panaskan puri yg di frozen kan?? Paling senang, keluarkan puri dari peti ais, biarkan selama 30min..pastu tuang makanan tue dlm mangkuk/gelas kaca, rendam dalam bekas yg ade air panas..atau pun masukkan makanan dalam periuk, letak atas dapur n panaskan.. :)


Selain epal, kalau nak buat puri buah atau sayur yang lain pun guna kaedah yg sama laaa...cuma utk buah yg mmg dah lembut mcm pisang, betik dan avocado, xpayah rebus or steam, boleh terus lenyek atau blendkan...

untuk serve kat si comel kite, boleh campurkan puri tadi dengan susu :)

Maaf la yer xde pic..sbb skarang Iris dah pun nak masuk 11 bulan..skarng die dah xmkn puri dah..dah mkn bubur..nanti entry lain saya kongsikan yer :)

nanti nexy entry saya nak kongsikan basic question & answer yang saya baca n copy paste dari group HSFFYB.. izin kan saya sebar info berguna yer admin2  :) HSFFYB.... group tentang Homemade Solid Food For Your Baby..untuk info yg lebih lanjut boleh la join group tue yer...klik link kat atas tue.... :)

Till then, jumpa lagi di next entry....eh..sudi2 lah comment yer :)


p/s: utk tatapan gambar nie puri buah pear :)

Aummm....ibu nak suap Iris ape niee..hehe :)


Ini saya guna blender then simpan dalam baby cubes..comelkan baby cube tue.. :P



15 Feb 2013
Wan




Thursday, January 3, 2013

Perkembangan Bayi 9 Bulan

Salam semua..
Tanggal 23 December 2012 baby Iris dah masuk 9 months. ..
So ape perkembangan Iris untuk sepanjang 9 bulan nieee???

Hampir Berjalan
Bayi anda semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri.
Iris : hmmm..iris mmg dah boleh berdiri tegak bile pegang bende spt sofa, perabot etc. makin rajin explore di segenap pelusuk rumah...haha..laju bukan main kalo merangkak tue...pandai duduk sendiri bile dah penat berdiri..tp die hempas bontot kuat2 laa..haha...kene la standby bantar or tilam... :P

Kasut? Belum lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
Iris : mmg xperlu pun skarang sbb Iris akan bukak kasut tue..so daripada asik jatuh jer kasut tue baik ibu pakaikan stokin jer bile keluar jln2 & jugak pada waktu malam... :D


Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan. 
Iris : haaaa..betul2....iris pandai campak mainan, pastu amik...baling ke depan then pegi amik...kitorg baru beli walker utk iris..die suke jugak la..tp mule2 bile walker tue bergerak Iris mcm takut2...heheh...lame2 bosan dok kat walker meraung la mintak keluarkan.. sekarang bende kecik kat lantai pun die boleh recognize....kene alert sikit laa ibu skarang...

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama. 

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri. 
Iris : haaa..mmg..sellau sampai jer tadika letak die dlm baby cot ok jer...tgk2 kawan main..tp skarang....letak jer terus bgun menangis mintak dukung..lg2 kalau tgk ibu dah berjalan nak keluar...huhu.. so skarang sampai jer bg pengasuh die dukung..ok la die...Iris..iris..comel betul... :)

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.) 
Iris :  sekarang Iris dah selalu "bebel" and cakap dengan org...pandai panggil org lain...tegur orang...feveret word die is "BABAH"..haaa..ibu jeles laa..selalu babah jer panggil...kadang2 jer baru la terkeluar perkataan ibu...tue pun dengan "BUBU" jer..hehe..tp bnyk lg perkataan lain Iris dok sebut..kadang2 pun pandai sebut "nenen" :)

Okay sayang..xsabar nak tunggu Iris pandai jalan n bercakap sepenuhnye..owh yer..tp gigi belom ade lg..hehhe :D



Wan
4.07pm
3 January 2013




Homemade Food Vs Instant Food

Salam buat semua....Entry hari nie adalah mengenai homemade food vs instant food.
Homemade food a.k.a. makanan masak sendiri... instant food a.k.a makanan dlm tin/packet, balik rumah panaskan jer.. :P

Okay, sebenar-benarnya entry nie is all about Iris punye solid food laaa...ibu die nie kan rajin membaca n surfing internet....so mase Iris nak masuk 6 bulan dulu, punye la ibu die nie gigih dok surfing internet cari info pasal solid food nie... macam semua tahu solid food (makanan pejal) nie patut diperkenalkan kepada bayi bile masuk 6 bulan jer..kenapa tak 4 bulan?? Sebabnye perut n sistem penghadaman baby mane la kuat lg mase tue..bahaya...saya masih ingt ade satu kes dulu baby org tue dimasukkan ke hospital, dalam keadaan koma sbb ape??? sbb usus die tersumbat..org tue bg mkn nestum utk bayi nya yg mase tue kalau xsalah 3/4 bulan...ya Allah, ngeri nya baca pasal cerita tue...oleh itu ibu2 sekali, peringatan yer utk kite..even kdg2 mak2 or makcik2 kite bising xbg nestum kat anak mase umur 2/3 bulan..cube terangkan then senyum jer kalo diorg xpaham gak...heheh :P

Okay..untuk permulaan saya search ape makanan yg sesuai utk diperkenalkan utk Iris..
Search punye search saya decide untuk bg Iris puree buah & sayur dahulu..of course sayur or buah ape kene tgk food chart laaa :D


Homemade food mmg la sgt bagus sebab fresh...xde MSG n so on.. Tp kadang2 kalau saya xsempat nak mask untuk Iris, terpaksa la bg instant punye..huhu..such as biskut n cerelec...ape2 saya as ibu nak yang terbaik utk Iris...so ibu akan buat ape yang termampu yer Iris..... kalau inu sibuk, sakit ker baru la bagi instant.... ape2 pun harap Iris akan membesar dengan sihat..hehe.. :)

So kat bawah nie saya listkan website/blog yang boleh kite refer untuk info pasal solid food nie..termasuk lah cara nak mengendalikan solid food yang nak dibekukan (puree & store) utk kegunaan lama..
macam saya selalu buat untuk stok seminggu..ahad tue buat utk stok Isnin sampai Jumaat..yer la balik kerja dah la mlm dah..penat..tido sampai esok, bgun pegi kerja lagi..mmg xsempat nak masak.
So u all, ini antara list nye :





2 nie website luar negara, so kite sesuaikan dengan budaya kite la yer :)

Ini local blog/website/FB groups:






U all boleh la tengok2, surf link2 di atas..nak lagi banyaj boleh search di "pakcik google" dah boleh taip keyword "homemade baby food" solid food for baby" etc.

okay la, nak mengundur diri dulu....


Wan
11.03am
3 January 2013